Showing posts with label BEKAL PENGEMBARAAN. Show all posts
Showing posts with label BEKAL PENGEMBARAAN. Show all posts

Sunday, 19 June 2011

KALAM MUTIARA Dari Habib Zein bin sumaith al-madani

TEMPAT: MASJID NEGERI, SHAH ALAM
TARIKH: 12 JUN 2011

 1. Majlis dimulakan dengan bacaan beberapa petikan ayat al-Quran oleh Imam Masjid. Antara yg saya ingat adalah
Firman Allah s.w.t bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri (muslim)". (Surah Al-Imran:102).

Setelah pembacaan biodata al-Habib, majlis dimulakan.

2. al-Habib menegaskan kepada semua para hadirin utk mengambil iktibar dari Surah al-Asr terutamanya ayat kedua da ketiga

Firman Allah, "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Para sahabat tidak akan bersurai selagi tidak dibaca surah ini dan mereka sentiasa mengamalkan apa yg Allah khabarkan pada surah ini.

3. Menurut Abdullah Ibn Abbas, sabar itu ada 3 peringkat. Pertama, 300 darjat pahala (Sabar dalam ketaatan dan ibadah kepada Allah). Kedua, 600 darjat pahala (menahan dan mencegah diri dari melakukan maksiat baik maksiat mata, telinga, hati dan lain2). Ketiga, 900 darjat pahala (Sabar ditimpa musibah di saat pertama kali kena kepadanya. Samada musibah itu pada diri sendiri, keluarga ataupun sahabat2nya dan di saat itu dia mengucapkan Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun)

4. Hati menjadi keras kerana banyaknya dosa dan makan makanan haram.

5. Sentiasalah menderma ke jalan Allah dan berusaha utk menahan marah bg mendapat kasih sayang Allah. Firman Allah

الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسني
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; "(Surah ali-Imran ayat 134)

6. Dalam satu hadis Nabi, mafhumnya (saya masih tercari2 matannya. Kalau ada yg tahu, harap dapat berkongsi) "Allah mempunyai anugerah yang diberikan setiap hari. Hendaklah kamu mencarinya"

7. Antara cara2 utk peroleh anugerah itu ialah sentiasa melazimi diri dgn berdoa, berzikir dan menghadiri majlis2 ilmu

8. Allah mempunyai malaikat khas utk mencatat pahala buat org2 yg menghadiri masjlis ilmu dan diampunkan dosanya. Malaikat bertanya kepada Allah, "Bagaimana pula dengan hamba Allah yg ke majlis ilmu itu tp dirinya seorang yg sentiasa melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa2?" Allah menjawab, itupun akan diampunkan olehNya.

9. Menjadi kewajipan bagi kita membersihkan dan menghilangkan segala perkara yg boleh menutup anugerah Allah itu dari sampai kepada kita. Antara perkara yg menghalang itu ialah derhaka kpada ibu bapa dan bermusuhan sesama saudara.

10. al-Habib menekankan juga akan kepentingan perpaduan sesama umat Islam. Sabda Nabi, " Seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

11. Perpaduan itu perlu dibina atas dasar ketakwaan. al-Habib memetik kata2 Abdullah Ibn Mas'ud, "Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak dilupai, disyukuri tidak diingkari". Seterusnya Saidina Ali apabila ditanya tentang taqwa, kata Saidina Ali,

الخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل
Maksudnya : Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan, redha dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian.

Di akhirat nanti, semua manusia akan dibangunkan di pergi ke padang Mahsyar. Allah akan bertanya, siapakah dikalangan hambanya yang bertaqwa? Maka sedikit sahaja yg bangun dan kemudiannya mereka diberi panji2 dan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab.

Al-Habib memberi amaran keras tentang perpecahan sesama Islam amat dinanti2kan oleh orang kafir. Tambahan pula dgn budaya kafir mengkafirkan yg wujud dalam masyarakat Islam kini.

12. Buah/hasil dari taqwa itu ada empat menurut al-Habib.

a) Ilmu Laduni ( ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah.) Firman Allah;

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282)

b) Rezeki yang tidak disangka-disangka. Firman Allah,
Makusdnya, "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya" (at-Talaq ayat 2-3)

c) Kemudahan dan ganjaran yg besar semasa hidup

d) al-Furqan (menurut penerangan al-Habib, al-Furqan di sini bererti cahaya di dalam hati utk membezakan antara yg hak dan yang batil)

WALLAHUALAM.
KRedit:Pondok habib Facebook
by:Razif fuad

Wednesday, 1 December 2010

Kalam Hamba Pendosa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasihani Lagi Maha Penyanyang

Alhamdulillah wa Syukrulillah atas limpahan nikmat yang telah dianugerahkan kepada hamba pendosanya, walaupun jiwa ini seringkali leka dan alpa dengan kesibukan dunia yang fana', Dia  Sang Maha Luhur , Maha Baik senantiasa memandang hamba hambanya ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayang yang tiada bandingannya.Sesungguhnya kasih dan cintaNya melebihi kasih syang semua makhluk yang melata di muka bumi ini.Allah Taala senantiasa membuka gerbang rahmat dan pintu taubat untuk hamba pendosa ini, tetapi jiwa ini acapkali tewas dengan godaan nafsu buas yang senantiasa ingin membaham jiwa yang ingin kembali pada TuhanNya Sang Raja Sekelian Alam . Sabda NAbiNya " Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan"
.~Riwayat at-Tirmizi~
    Ku panjatkan Selawat serta Salam Yang Mulia buat Sang Nabi yang Mulia pekertinya, utusan Allah yang hebat sirah perjalannya, serta menjadi rahmat yang mulia buat makhluk dan umatnya akhir zaman .Suri tauladan yang indah buat hamba pendosa ini.Sesungguhnya tidak akan dimuliakan umat akhir zaman ini melainkan kerana susuk tubuh serta akhlak mulia Al-habib Mustofa Sayidul Mursalin.Terangkatnya umat akhir ini kerna tempias dari hujanan Rahmatmu Ya Rasulullah.Telah berkata Abu Hurairah radhiyallahu'anhu :
“ Wahai Rasulullah ketika kami sedang memandang wajahmu maka terangkat iman kami kepada keluhuran jauh dari pada saat kami tidak sedang melihatmu”    

 “Ya Allah, ampunilah umat Muhammad. Ya Allah, kasihilah umat Muhammad. Ya Allah, tutuplah keaiban umat Muhammad. Ya Allah perbaikilah umat Muhammad”.

Monday, 8 November 2010

KALAM MUHASABAH BUAT HAMBA PENDOSA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Selaut kesyukuran dihamparkan untuk Tuhan yang punya kuasa , Allah S.W.T  Limpahan puji kehadrat Allah taala atas anugerah nikmat yang tidak terkira banyaknya (la tahso a'dada) .  Betapa pun kita leka terhadapNya, kita jauh dariNya,kurniaanNya tidak putus –putus kepada kita, tetap disalurkan kepada hamba pendosaNya ini. Dialah Tuhan Agung Yang Maha Luhur kebaikanNya, Yang Maha Pengasihani pada hamba-hambaNya, senantiasa menunggu hambaNya agar sujud dan memohon kepadaNya, Yang senantiasa mengalirkan ganjaran kepada hamba-hambaNya tatkala hambaNya melakukan kebaikan walaupun sebesar  zarah pasti akan dihitungNya juga.Sehinggakan sekiranya sudah berniat untuk melakukan maksiat dan kemudiannya tidak melaksanakannya dia juga akan dianugerahkan ganjaran dan pahala atas amal perbuatannya itu. .Ya Allah sungguh Mulia budi pekertiMu.
                                                                                                                            
Begitu tersentuh dengan ucapan Al-Allamah wal Fahamah Sayyidi Syarif Al-Habib Munzir Al-Musawwa. Di sini, sukalah ana berkongsi ucapan beliau yang berbunyi:


Namun tujuan adalah satu, iaitu saat berjumpa dengan Rabbul a’lamiin. Maka berakhir seluruh apa yang kita lewati dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya; iaitu berjumpa dengan Allah.

Ingatlah akan datang satu saat dimana bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah. Di saat itu kita akan diturunkan ke dalam kubur, dan wajah kita dibuka dan diciumkan ke tembok kubur kita. Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kaum kerabat. Di saat itu tidak ada kekasih, di saat itu tidak ada jawatan, di saat itu tidak ada harta. Itulah hadirin hadirat, kita sendiri. Maka di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir, yang mengingati Allah dan Allah mengingatinya, yang merindui Allah dan Allah merinduinya.

Allah masih terus bersabar, yang ditunggu adalah hamba pendosa, hamba yang hina, yang hidup berasal dari sebutir sel dan akan berakhir sebagai bangkai; makanan-makanan haiwan di dalam tanah. Allah menanti hambanya memohon taubah, Dialah yang Maha baik, Dialah Yang Maha mulia. Setelah kita diberi kehidupan; diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula dunia dan seluruh isinya. Allah meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan yang kesemuanya adalah milik Allah. Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk meminjamnya. Allah yang memberinya sebelum kita meminta.

Hadirin hadirat, sedemikian luasnya nikmat Ilahi dan kasih sayangnya melebihi segala kasih sayang; melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita.

Hadirin hadirat, jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah. Jangan berat menyebut nama Allah. Dosa apa yang membuatkan lidah kita berat menyebut nama Allah??

Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa kubur Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa neraka pastikan kami selamat dari ini semua Ya Allah!!!
"HASIBU ANFUSAKUM QOBLA AN TUHASABU"

Friday, 29 October 2010

Renungi sebentar Bersama Wasiat ABUYA

ALhamdulillah, limpahan puji dan kehadrat illahi, Tuhan yang maha Esa mentadbir sekian  alam  dan memiliki jiwa hamba-hambanya, Maha pengatur kejadian siang dan malam ,Maha berkuasa membolak-balikan jiwa sanubari hambanya, Sang Maha Esa lagi Kekal Abadi, tiada apa pun berlaku melainkan dengan izinNya Sang Maha lembut dan Pengasihani, senantisasa menawarkan dan membuka luas gerbang kurniaNya serta  pintu taubatNya buat hamba-hambaNya agar senantiasa berdamping dan sujud kepadaNya  Jalla jalla luh..

.