Hamparan puja dan puji untuk Robbul Alamin Tuhan Sekalian Raja dan Makhluk. Yang senantiasa menghulurkan nikmat dan kasih sayang kepada hambaNya, Yang mengetahui pelusuk jiwa sanubari hambanya , Yang berkuasa membuka mata hati hamabanya untuk terus mentaatiNya dan Yang berkuasa utup menutup serta menghalang daripada terpancar cahaya rahmat ke dalam lubuk hati hambaNya,WAnaUzubillah Min Zalik. Dan hakikatnya dialah Sang Maha Luhur dan Baik Hati tiada tandingan kebaikan dan kasih sayangNya ,orang-orang akan jadi gila kerna terfana dan asyik bersama cintanya terhadap Robbul Jalil.
Selawat serta salam terhadap Sang Kekasih yang senantiasa mendapat suluhan Anwar terus dari Sang pencipta, yang senantiasa jiwa dan sanubarinya dikerahkan untuk memikirkan masalah umatnya,yang bibirnya bergetar umatix3 kerna kasihnya terhadap umatnya saat wafatnnya,yang tidak jemu-jemu dan henti-henti berubudiah kepada Allahu jaLla jala Luh walaupun hakikatnya maksum dari segala mazmumah dan sayyi'ah,Mudahan mendapat payungan syafaat daripada baginda Yang dirindui nabiyuna Muhammad SAW.
Insya-allah hari ini al-fuqair ingin menyambung kembali mendiskusikan kitab Minhaj Tolibin karya Al-Imam Nawawi setelah kita membincangkan istilah yang diguna pakai dalam kitab Minhaj.
Bab yang pertama dan utama dibincangkan adalah bermula dengan Kitab Toharah.Telah dimulakan pada bab ini dengan ayat Al-quran "قال الله تعالى : وأنزلنا من السماء ماء طهورا "(Dan sesungguhnya kami telah kami tuurnkan dari langit itu air yang suci bersih ).
Disyaratkan untuk mengangkat hadas dan membersihkan daripada najis adalah dengan mengunakan air mutlak.Apakah definisi air mutlak? Air mutlak ialah :-
1.Namanya tidak mempunyai قيد (ikatan) dengan nama lain
. قيد terbahagi kepada 2bahagian:-
1. قيد لازم air yg biasa mempunyai ikata pada nama dan tidak dapat dipisahkan namanya ,cth: air milo,air kopi
2.قيد غيرلازم air yang berubah ikatan namanya cth: air didalam perigi akan bertukar namanya ketika dipindahkan ke dalam besen dan dinamakan air besen dan bila bertukar kepada tempat lain maka
bertukar namanya.
Air mutlak قيد غير لازم yang boleh digunakan untuk mengangkat hadas.Jika menggunakan air yang
ada ikatan pada namanya maka air tersebut telah berubah(yakni ikatan قيد لازم ) seperti Za'faran
berubah dari menjadi air mutlak kerna menghalang untuk menetapkan nama padanya dan air ini
Tidak Suci digunakan untuk menagkat hadas.
2.Tidak memudaratkan(suci) perubahan air yang sikit yang sekiranya bercampur dengan sedikit bahan
luar cth: terjatuh sedikit serbuk air milo ke dalam air dalam besen dan menyebabkan perubahan yang
sedikit,maka boleh digunakan untuk bersuci
3. TIDA BERUBAH(suci) air mutlak sekiranya ada benda yang telah menetap pada air tersebut dan
benda yang beasal dari air seperti tanah lumpur dan lumut, boleh digunakan walaupun bau warna
dan rasa bertukar kerana sifat-sifat berasal dari benda tersebut.Dan TIDAKBERUBAH air tersebut
yang berada di tempat bertakung(tangki) dan tempat yang mengalir airnya.
4.Dan demikian perubahan disebabkan disekitarnya terdapat ranting dan sebagainya tidak akan
menghilangkan kesucian air tersebut walaupun benda asing tersebut jatuh ke dalam air tersebut
atau tanah yang dilemparkan ke dalam air tersebut pada qaul الأظهر
والله أعلم بالصواب
No comments:
Post a Comment