Tuesday, 25 October 2011

Majlis Indah Nan Permai bersama Masysyeikna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Limpahan puji kehadrat Allah Taala atas kurniaan anugerahnya yang senantiasa dilimpahkan dan dicurahkan buat hambaNya setiap ketika,waktu dan zaman.Dia Sang Maha Pemurah tidak pernah pinta agar dibalasi segala pemberiaanNya kepada hambaNya, sekiranya diminta perhitungkan segala kurniaanNya sudah pasti tidak terbalas walaupun sekecil zarah kerna kurniaanNya tidak mampu walaupun dihitung.Pernah berkata Al-Alim Al-Habib Kazim : sekiranya tiap ketika kita sujud sembah dan bertahmid atas rasa syukur nikmatnya dan sebagainya tidak mampu untuk membalas jasa Allah SWT yang senatiasa melimpahkan nikmat buat hambaNya, maka apakah lagi caranya untuk kita mensyukuri atas pemberianNya  melainkan kita melakukan segalanya adalah untuk menggapai redhoNya dan senatiasa mengingatinya setiap ketika dan keadan.Allahu Allahu Allahu lemahnya hambamu ini melainkan segalanya adalah izin dan kuriniaanMu Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Baik Hati.
   Selawat serta salam Buat junjungan Nabi kita ,Nabi yang senatiasa mengambil berat buat umatNya,Yang senantiasa mendahulukan mendoakan umatNya agar senantiasa berada dalam limpah rahmat yang Maha Berkuasa Jazakumullah alfkhoiri jaza' buat Nabi Yang Dikasihi Nabi Junjugan Sayyiduna Muhammad SAW.Dan selawat buat Para Sahabat  Nabi Yang Mulia dan Ahli Beit Nabi Yang Besar Kedudukan mereka

    Tanggal 22/10 hari Sabtu, suatu kenangan yang sunguh indah dan hebat telah dilaui buat para Muta'alim dan Pecinta Sayyidina Muhammad kerna  dipertemukan dalam pertemuan tersebut dengan para pewaris Nabi yang senantiasa memberikan tausyiah buat penuntut ilmu yang semakin hari melupakan peri penting ilmu dan beradab dengannya, dan ada sebahagian puak yang lebih mementingkan perjuangan yang tidak dialasi dengan ilmu dan suka menghujum para pendahaga ilmu kerna tidak mahu turun berjuang kata mereka yang berfikiran jumud dan jahil.



  Majlis dimulakan dengan tausyiah ringkas oleh Sheikh Asyraf Hasanain, Imam 3 Masjid Al-Azhar. Beliau telah memperingatkan bahawa Menuntut ilmu adalah pekerjaan yang asasi dan pada penuntutnya perlu mempunyai 3 sifat: ILMU,AMAL,IKHLAS.Seseorang ketika hendak mencorakkan sesuatu maka perlu dengan ilmu dan iilmu tiada manfaatnya dengan amal dan tiada faedahnya amal dengan hati yang tulus ikhlas untuk Raja Sekelian Alam Allah SWT.
  Seterusnya Habib Muhammad Al-Habsyi terus menekankan kepada pengali ilmu bahwasanya ILMU itu mempunyai martabat yang tinggi lagi agung dan Allah SWT telah memuliakan kepada penuntuntnya .Para ulama adalah pemegang amanah Allah dan penerus bagi memperjuangkan RAsulullah SAW.Para menuntut ilmu hendaklah senatiasa mensucikan niat untuk membawa risalah suci kepada pintu-pintunya sekiranya dia tersalah langkah dan terpesong niatnya takut tergolong dalam golongan yang Takkabur dan menuntut pangkat dan darjat.Al-Azhar telah dikenali di setiap pelusuk negara dengan guru dan PAra Masyayeikhnya yang senatiasa menyampaikan kepada penututnya dan tersebarnya melalui kitab-kitab mEreka yang mu'tabar dan sebagainya. Ketinggian dan kesucian ilmu itu bila para penuntutnya meletakan keiikhlasan dan siddiq yakni jujur dalam mengamalkan ilmunya maka akan sampai para pengejarnya akan sampai pada tujuan utama iaitu Allah SWT.Dan senantiasalah memuliakan ilmu kerna sekiranya tidak dimuliakan bagaiman mahu mendapatkan hasilnya.
    Tausyiah dan mutiara kata yang ditunggu-tunggu para Ahbab adalah dari Al-Murobi Al-A'lamah AL-Habib Umar BEN Hafedz ulama ulung zaman kini. Al-habib terus mengingatkan para hadirin dengan ilmu. Katanya perjumpan yang luhur ini adalah ikatan dan hubungan untuk saling ingat meningati dengan kebenaran dan kesabaran.Perolehi ilmu dngan jalan menututnya dan caranya Tujuan mengutipnya dan mencarinya adalah kerna ingin mensucikan diri dari segala anasir mazmumah.Tidak mungkin menggapai kebahagiaan serta ketenangan melainkan dengan menggunakan hukum-hakam Allah dan untuk melaksanakan hukam tersebut perlu memiliki ilmu yang mantap.Dalam menuntut ilmu perlu mempunyai kriteria ini:-1.Niat Yang Tulus,niat adalah elemen yang penting dalam setiap perkara kerna niat seseorang akan berubah-ubah,maka pastikanlah niat suci tulus untuk Allah.Barangsiapa yang melakukan sesuatu dengan niat untuk mengangkat Kalimat Allah menjadi yang paling tinggi dan mulia maka dai berada di jalan fisabilillah.Tanyakanlah di dalam lubuk hatimu Mengapa aku belajar? Seterusnya 2.kerahkan usaha dan mujahadah, wajib bagi penutut ilmu supaya mengulangkaji pelajarannya sebelum mulanya waktu pelajarannya bersama sheikhnya. Al-A'lamah Al-Habib Abdullah  binUmarAs-Syatiri,Ribat Tarim mengingatkan anak muridnya barangsiapa yang tidak mengulangkaji pelajarannya sebanyak 20 kali maka pengajaran tidak akan diteruskan.Perlu meletakkan segla usaha dan amal adalah untuk meraih Redho allah Taala. 3. Pertibangan ilmu yang selari dengan hukum Allah. dan yang keempat adalah Zouq dan wujdan yang menjadi perkara penting untuk menjadi penuntut ilmu dan ulama' yang dekat dengan Allah. Melalui ilmu ini akan dapat dihalusi bahawa segalanya adalah dari Allah yang MAha Berkuasa Mencipta makhluknya..

   Tiada benda yang lebih berharga melainkan ingatan yang tulus dari para masyayeikh yang menginginkan para penuntutnya senantiasa berada di atas landasan yang lurus dan terus sampai ke destinasi akhir untuk menggapai mardotillah.Semoga para guru dan Masyayeikh dilimpahi rahmat dan bertambah darjat di sisi Allah TAala serta moga Allah Taala menjadikan Kita dalam kalangan orng yang beramal dan memulikan ilmu serta PAra ulamaNya dalam terus meraih redho Allah .
    TERIMA KASIH YA ROBBI ATAS  ANUGERAH HEBAT INI YANG TELAH MENGHIMPUNKAN KAMI BERSAMA PARA ULAMA DAN AULIYA' SOLIHIN.

الحمدلله حمدا كثيرا طيبا مباركل كافيا جميلا جزيلا دئما بدوام ملك الله

No comments: