Tuesday 25 October 2011

Majlis Indah Nan Permai bersama Masysyeikna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Limpahan puji kehadrat Allah Taala atas kurniaan anugerahnya yang senantiasa dilimpahkan dan dicurahkan buat hambaNya setiap ketika,waktu dan zaman.Dia Sang Maha Pemurah tidak pernah pinta agar dibalasi segala pemberiaanNya kepada hambaNya, sekiranya diminta perhitungkan segala kurniaanNya sudah pasti tidak terbalas walaupun sekecil zarah kerna kurniaanNya tidak mampu walaupun dihitung.Pernah berkata Al-Alim Al-Habib Kazim : sekiranya tiap ketika kita sujud sembah dan bertahmid atas rasa syukur nikmatnya dan sebagainya tidak mampu untuk membalas jasa Allah SWT yang senatiasa melimpahkan nikmat buat hambaNya, maka apakah lagi caranya untuk kita mensyukuri atas pemberianNya  melainkan kita melakukan segalanya adalah untuk menggapai redhoNya dan senatiasa mengingatinya setiap ketika dan keadan.Allahu Allahu Allahu lemahnya hambamu ini melainkan segalanya adalah izin dan kuriniaanMu Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Baik Hati.
   Selawat serta salam Buat junjungan Nabi kita ,Nabi yang senatiasa mengambil berat buat umatNya,Yang senantiasa mendahulukan mendoakan umatNya agar senantiasa berada dalam limpah rahmat yang Maha Berkuasa Jazakumullah alfkhoiri jaza' buat Nabi Yang Dikasihi Nabi Junjugan Sayyiduna Muhammad SAW.Dan selawat buat Para Sahabat  Nabi Yang Mulia dan Ahli Beit Nabi Yang Besar Kedudukan mereka

    Tanggal 22/10 hari Sabtu, suatu kenangan yang sunguh indah dan hebat telah dilaui buat para Muta'alim dan Pecinta Sayyidina Muhammad kerna  dipertemukan dalam pertemuan tersebut dengan para pewaris Nabi yang senantiasa memberikan tausyiah buat penuntut ilmu yang semakin hari melupakan peri penting ilmu dan beradab dengannya, dan ada sebahagian puak yang lebih mementingkan perjuangan yang tidak dialasi dengan ilmu dan suka menghujum para pendahaga ilmu kerna tidak mahu turun berjuang kata mereka yang berfikiran jumud dan jahil.


Wednesday 19 October 2011

Rintihan Sheikh Sa'ad Jawish BUAT Azhariyyin

Rintihan Sheikh Sa'ad Jawish al-Azhari kepada para Azhariyyin ketika memberi tausiyah di dalam majlis bersama Sheikhna Sidi Yusuf al-Hasani di Ben 'Alawi:




Beliau berkata; "Aku amat ta'ajjub dengan kalian semua apabila aku sampai Malaysia. Sebelum aku sampai di sini(rumah Ben 'Alawi), aku berada di Kedah dan menyampaikan tausiah di satu Masjid. Dan amat menarik perhatian aku, apabila aku melihat para hadirin, kesemuanya memakai pakaian serba putih, berserban. Aku berkata, "Apakah ini? Adakah Azhar telah berpindah ke sini?" Aku amat terpegun dengan kalian semua. Dan inilah suasana Azhar pada 200 tahun dahulu".
"Para azhariyyin apabila berjalan di pasar-pasar, masyarakat akan mengenali mereka dengan serban serta jubah mereka. Dan suasana begitulah yang menjadi imej Azhar pada suatu masa dahulu. Akan tetapi, kita melihat sekarang, para azhariyyin datang kuliah, hanya memakai pakaian biasa, tiada mencerminkan seorang penuntut ilmu warisan Baginda s.a.w.". 
"Dan aku juga tertarik, kalian semua membaca Qasidah Burdah karangan Imam Bushyiriy. Apakah Imam Bushiri berasal dari sini? Amat mengejutkan, beliau dimakamkan di Iskandariyah, tetapi qasidahnya itu dibaca sampai kesini. Bahkan ada diantara kamu yang menghafal dan pandai melagukannya".


"Selain itu, aku juga melihat acara-acara maulid Baginda s.a.w. diadakan di sini bahkan lebih banyak berbanding di Mesir sendiri. Sedangkan majlis-majlis sebeginilah yang menyucikan hati kita semua, mendatangkan perasaan kecintaan kepada Baginda s.a.w., memperingatkan kita kepada Baginda s.a.w.. Apabila sampai kepada qiam, kamu semua berdiri menandakan penghormatan kamu semua kepada kemuliaan Baginda s.a.w.. Amat menakjubkan aku."
"Aku amat berbangga dengan kalian, dan tidaklah aku berharap melainkan suasana ini dihidupkan kembali di Azhar sebagaimana yang kalian semua amalkan disini".
*petikan daripada kalam beliau~

Nasihat Habib Umar Buat Azhariyyin

BismiLLAHir Rahmaannir Rahim.
 TEMPAT: MASJID AZHAR
  WAKTU: 16 OKTOBER 2011
1. Pentingnya memilih dan menentukan sumber rujukan kita dalam mengambil Ilmu dan Kefahaman Islam.

Abdullah Ibnu Mubarak RadhiyaAllahu Taala Anhu menyebutkan:
"Ilmu ini(Ilmu Syarak) ini adalah Agama kamu,maka perhatikanlah(nilailah) dari siapa kamu mengambil Agama&Ilmu kamu tersebut"

Disinilah letaknya kelebihan Institusi Al-Azhar dan Para Ulamaknya. Merekalah golongan yang menjaga dan memelihara ketulenan kefahaman Islam dari Zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini,tidak terputus silsilahnya,bersambung dengan Baginda Rasulullah S.A.W.

Sekiranya ditanya tentang guru mereka,mereka boleh menyatakan satu persatu nama dari mana mereka mengambil ilmu tersebut,dan seterusnya bersambung sehingga lah kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

Keistimewaan Silislilah ini,bukan semata-semata silsilah,akan tetapi lebih dari itu,ianya adalah warisan dan mata rantai yang menghubungkan antara kita semua dengan Rasulullah S.A.W. Mata rantai yang menghubungkan ILMU,KEFAHAMAN,AKHLAK dan JIWA seorang Muslim sebagaimana yang di ajar dan dikehendaki oleh Baginda S.A.W.

Friday 14 October 2011

MARHABAN WAHAI PEWARIS NABI

  DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Selautan kepujian dan kasih serta kerinduan dihimpunkan untuk Sang Pencipta Yang Maha Agung, Yang Maha Luhur,Yang Maha Pengasih, dan segala Kesempurnaan serta Kesucian adalah khusus dan layak bagi Allah SWT. Nikmat anugerahNya tidak mampu dibalasi dan dihitung oleh penerimanya yang lemah lagi hina sekiranya diteropongi kehidupan ini adalh pinjaman semata-mata dari Yang Maha Agung hakikatnya, tiada pemilikan yang mutlak dan hakiki melainkan itu adalah anugerah agung yang mampu menjadi wasilah untuk membuat kita mentadaburi dan memikirkan bahawa yang dimiliki adalah hak Pemilik Yang Mutlak yang senantiasa mencurahkan nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dan dialah Yang Maha Esa Sang Maharaja Pencipta Sekelian Alam Allah Jalla Jala Luh.
  Selawat serta salam dari hamba yang hina buat Kekasih Yang Maha Agung,Nabi Yang Mulia dari sekelian nabi ,nabi yang memilih derajat Hamba daripada Raja yang mempunyai kerajaan yang makanannya adalh tamar buat mengisi perut yang senantiasa tunduk sujud walaupun dipelihara segala kekejian Yang senantiasa beristighfar walaupun telah dijanjikan syurga agung buatNya dialah Nabi kita dan Nabi buat kamu semua seluruh ajam dan arabi Nabiyuna Muhammad ibn Abudullah SAW moga tercurah pancaran kasih Allah kepada kita sebab Nabi yang Mulia,serta suluhan cahaya rahmat dan syafaat uzma dari Nabi Agung Muhammad SAW.


Semalan dengan izin Allah, al-fuqair bersama pecinta ilmu dan ulama telah telah dikurniakan anugerah yang sangat indah kerana telah dijamu dengan melihat dan tegukan nasihat dar para ulama amilin iaitu dengan kedatangan Al-Alamah Al-Muhaddis Sheikh Nuruddin Itr yang datang dari Damsyik,Syria dan Murobbi Ulung zaman kini Al-Alamah Al-Faqih Al-Habib Umar ben Hafidz yang makruf  tempat asalnya dari Hadramaut Yaman.

Hidangan yang pertama dari Sheikh Nuruddin selepas solat asar di Masjid Al-Azhar.Majlis dipenuhi dengan pencinta imu dan Alim Ulama yang makruf di mesir.Majlis dihidangi dengan kalam mutiara dari Sheikh dan pembacaan kitab hadis sulusiyat Imam Bukhori dan berapa hadis dari Kitab Arba;in Nawawiyah yang dibaca oleh Syeikh Usamah al-azhari .Sungguh indah dan nikmat duduk dalam majlis tersebut.Inilah limpahan rahmat dari Allah buat hambaNya.Syukur alhamdulillah.




 
Santapan yang kedua dari Al-Murobbi Al-Alamah Habib Umar yang dimaklumkan bertempat di Sahah Yamani Ummu Rulam pada awalnya tetapi selepas pembacaan qasidah dan tausyiah dari beberapa orang habib dan solat isya diberitahu bahawa majilis akan diadakan di Sahah Yamani baru. Para pencinta berserta habaib bersegera menuju ke sahah.Masing-masing bekejaran  kerana haba gelora cinta sudah mula mendidih untuk menatap wajah habib yang mulia.Dalam keadaan yang melimpah kerna dibanjiri muhibin dan ahbab, Habib Umar datang dengan Sinar cahaya dari wajahnya membuatkan muhibbin jadi gila dan fana untuk mendekati habib untuk bersalaman dan bertabarukan dengan Habib.Tetapi al-fuqair tetap memandang wajah habib walaupun gelora cinta sudah meletus, kerna tidak mahu berhimpit dan menolak ahbab yang lain serta menyusahkan habib kerna boleh menyebabkan perkara yang tak diingin berlaku.Teringat seketika dengan kata-kata mulia Al-murobi Habibuna Munzir kecintaanmu dan aku telah berpadu kepada Yang Maha Mulia walaupun aku tidak mampu untuk menyalamimu dalam hatiku ingin sangat menyalamimu tapi apakan daya.Majlis dimulakan dengan pembacaan maulid Diyaul Lami' dan sterusnya kalam mutiara dari Al-Habib Umar, kalamnya yang senantiasa disulami rintihan doa buat semua hadirin dan muhibbin seterusnya kalam dari habaib yang lain.
Kenangan indah dan kepuasan dapat dinikmati dari Pewaris Nabi senantiasa seiras segala pengucapan ,perilaku nabi merekalah yang seharusnya dititipkan menjadi Model Nabi untuk kita ikuti dan menyerupai.Semoga kenikmatan dan anugerah ini dikurniakan buat sekali lagi dan selamanya. Ucapan jutaan terima kasih buat Robbi yang senantiasa memberi kesempatan ini dan kesihatan walaupun hakikatnya, segalanya tidak mampu dibalasi kerna Engkaulah MahaPemberi dan Maha Kuasa segalaNya.

الحمد لله رب العالمين حمدا كثيرا طيبا مباركا كافيا جميلا جزيلا


Wednesday 12 October 2011

AIr MUtlak

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Hamparan puja dan puji untuk Robbul Alamin Tuhan Sekalian Raja dan Makhluk. Yang senantiasa menghulurkan nikmat dan kasih sayang kepada hambaNya, Yang mengetahui pelusuk jiwa sanubari hambanya , Yang berkuasa membuka mata hati hamabanya untuk terus mentaatiNya dan Yang berkuasa utup menutup serta menghalang daripada terpancar cahaya rahmat ke dalam lubuk hati hambaNya,WAnaUzubillah Min Zalik. Dan hakikatnya dialah Sang Maha Luhur dan Baik Hati tiada tandingan kebaikan dan kasih sayangNya ,orang-orang akan jadi gila kerna terfana dan asyik bersama cintanya terhadap Robbul Jalil.
  Selawat serta salam terhadap Sang Kekasih yang senantiasa mendapat suluhan Anwar terus dari Sang pencipta, yang senantiasa jiwa dan sanubarinya dikerahkan untuk memikirkan masalah umatnya,yang bibirnya bergetar umatix3 kerna kasihnya terhadap umatnya saat wafatnnya,yang tidak jemu-jemu dan henti-henti berubudiah kepada Allahu jaLla jala Luh walaupun hakikatnya maksum dari segala mazmumah dan sayyi'ah,
Mudahan mendapat payungan syafaat daripada baginda Yang dirindui nabiyuna Muhammad SAW.
Insya-allah hari ini al-fuqair ingin menyambung kembali mendiskusikan kitab Minhaj Tolibin karya Al-Imam Nawawi setelah kita membincangkan istilah yang diguna pakai dalam kitab Minhaj.
Bab yang pertama dan utama dibincangkan adalah bermula dengan Kitab Toharah.Telah dimulakan  pada bab ini dengan ayat Al-quran "قال الله تعالى : وأنزلنا من السماء ماء طهورا "(Dan sesungguhnya kami telah kami tuurnkan dari langit itu air yang suci bersih ).
Disyaratkan untuk mengangkat hadas dan membersihkan daripada najis adalah dengan mengunakan air mutlak.Apakah definisi air mutlak? Air mutlak ialah :-

Wednesday 5 October 2011

MUQADDIMAH MINHAJ TOLIBIN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

  Limpahan puji kehadrat Allah Azza Wajalla atas limpahan kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga dan tidak mampu dihitung dan dibilang.Selawat dan Salam rindu buat junjungan Rasulullah SAW yang senantiasa bersusah payah buat umatnya dan  yang senantiasa mendoakan kebaikan buat umatnya agar senatiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang ilahi .
  Indahnya Islam yang senantiasa menitikberatkan setiap perilaku penganutnya dengan undang-undang dan peraturan islami yang meliputi segala perkara(syumul) supaya senantiasa hambaNya berada dalam payungan rahmat ilahi dan menjauhi perkara yang memudaratkan diri. Dan hari ini al-fuqair ingin berkongsi tentang ilmu yang menjadi asas dalam ISLAM dan ilmu yang menjadi wasilah untuk ubudiyyah terhadap Sang Pencipta iaitu Ilmu Fiqh
     Beberapa minggu yang lalu kami telah memulakan pembacaan kitab Minhaj Tolibin bersama                     Al-Ala’mah Al-Muhaddis Sheikh Mahmud Said Mamduh dan kitab kitab Bulughul Maram, yang mana kedua-dua kitab ini adalah sumber ilmu yang berkaitan dangan ilmu Fiqh. Perbincangan kita pada hari ini adalah berkaitan lebih dengan kitab Minhaj Tolibin karya      AL-Imam An-Nawawi.Kitab minhaj adalah kitab muktamad ijtihadnya dalam mazhab As-syafie. Disebabkan corak atau keadaan kehidupan di Malaysia berteraskan fiqh as-Syafie maka kita sama -sama akan perbahaskan kitab ini bersama.
  

Monday 1 August 2011

Ramadhan Anugerah aGung Buat KiTa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahi Robbil A'lamin, limpahan puji kehadrat Allah Jalla Jala Luh Yang senantiasa melimpahkan kurniaanNya kepada kita Yang senantiasa menyuluhi jiwa hambaNya dengan suluhan dan sinaran makrifahNya dan cahaya kasih sayangNya,moga -moga kita digolongkan dalam kalangan hambaNya yang senantiasa mensyukuri nikmat anugerah serta kurniaanNya.Ya robbi kau curah dan tuangkanlah cahaya makrifahmu ke dalam gelas sanubari kami agar kami mampu mengenalmu lantas membuatkan kami senantiasa dapat mengabdikan diri padamu.Cahaya Yang Abadi ,Cahaya yang kekal selamaNya ,Allahu subhanahu wa taala senantiasa menempa hati hambaNya yang taat dang datang kepadaNya dalam keadaan tawadu' lagi khudu' dengan acuan dan adunan yang ditempa sendiri oleh Allah Jalla Jala luh.Yang Maha Baik dan Penyayang senantiasa rindu kepada hambanya yang ingin taqarub dan abdikan diri padaNya,selangkah kita mara kepadaNya sepuluh langkah dia menghampiri kita,tiadalah rugi sekiranya kita memalingkan seluruh wajah,jasad dan sanubari kita hanya untukNya Tuhan Sekelian Alam Yang Maha Luhur Lagi Maha Santun.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang mengandungi seribu satu rahsia yang tidak mampu kita ungkapkan satu persatu,yang di dalamnya bermacam khasiat serta kelebihan dan yang paling penting adalah diantara satu anugerah yang amat besar bagi umat Nabi Muhammad SAW iaitu untuk kita semua.Ganjaran berlipat ganda sekiranya melaksanakan ibadah dan kebajikan padanya iaitu Bulan Ramadhan.

Marilah kita rebut peluang ini dan jangan disia-siakan begitu sahaja.Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan menghitung amalan kita di Ramadhan lalu agar Ramadhan kali ini kita celik dan sedar terhadap kekurangan yang telah kita telah sia-sia dan abaikan pada tahun sebelumnya.Anugerah Ramadhan adalan anugerah yang sangat besar bagi kaum Arifin Billah dan Auliya Allah dan Para Solihin.
Apatah lagi bagi kita hamba yang sentiasa melakukan dosa dan kemungkaran terhadapNya,menjadi perlulah kepada kita agar senantiasa taat dan menambah baik kan amal ibadah kita.

Ya Tuhan kami.bantulah kami beribadah padamu dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan berkat serta bulan keampuanan ini.Semoga kami dikurniakan kekuatan untuk bermujahadah dalam bulan ini agar bulan-bulan yang seterusnya mampu kami tempuh sepertimana telah kami berlatih di dalam bulan tarbiah ini.