Monday 1 August 2011

Ramadhan Anugerah aGung Buat KiTa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahi Robbil A'lamin, limpahan puji kehadrat Allah Jalla Jala Luh Yang senantiasa melimpahkan kurniaanNya kepada kita Yang senantiasa menyuluhi jiwa hambaNya dengan suluhan dan sinaran makrifahNya dan cahaya kasih sayangNya,moga -moga kita digolongkan dalam kalangan hambaNya yang senantiasa mensyukuri nikmat anugerah serta kurniaanNya.Ya robbi kau curah dan tuangkanlah cahaya makrifahmu ke dalam gelas sanubari kami agar kami mampu mengenalmu lantas membuatkan kami senantiasa dapat mengabdikan diri padamu.Cahaya Yang Abadi ,Cahaya yang kekal selamaNya ,Allahu subhanahu wa taala senantiasa menempa hati hambaNya yang taat dang datang kepadaNya dalam keadaan tawadu' lagi khudu' dengan acuan dan adunan yang ditempa sendiri oleh Allah Jalla Jala luh.Yang Maha Baik dan Penyayang senantiasa rindu kepada hambanya yang ingin taqarub dan abdikan diri padaNya,selangkah kita mara kepadaNya sepuluh langkah dia menghampiri kita,tiadalah rugi sekiranya kita memalingkan seluruh wajah,jasad dan sanubari kita hanya untukNya Tuhan Sekelian Alam Yang Maha Luhur Lagi Maha Santun.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang mengandungi seribu satu rahsia yang tidak mampu kita ungkapkan satu persatu,yang di dalamnya bermacam khasiat serta kelebihan dan yang paling penting adalah diantara satu anugerah yang amat besar bagi umat Nabi Muhammad SAW iaitu untuk kita semua.Ganjaran berlipat ganda sekiranya melaksanakan ibadah dan kebajikan padanya iaitu Bulan Ramadhan.

Marilah kita rebut peluang ini dan jangan disia-siakan begitu sahaja.Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan menghitung amalan kita di Ramadhan lalu agar Ramadhan kali ini kita celik dan sedar terhadap kekurangan yang telah kita telah sia-sia dan abaikan pada tahun sebelumnya.Anugerah Ramadhan adalan anugerah yang sangat besar bagi kaum Arifin Billah dan Auliya Allah dan Para Solihin.
Apatah lagi bagi kita hamba yang sentiasa melakukan dosa dan kemungkaran terhadapNya,menjadi perlulah kepada kita agar senantiasa taat dan menambah baik kan amal ibadah kita.

Ya Tuhan kami.bantulah kami beribadah padamu dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan berkat serta bulan keampuanan ini.Semoga kami dikurniakan kekuatan untuk bermujahadah dalam bulan ini agar bulan-bulan yang seterusnya mampu kami tempuh sepertimana telah kami berlatih di dalam bulan tarbiah ini.