Wednesday 5 October 2011

MUQADDIMAH MINHAJ TOLIBIN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

  Limpahan puji kehadrat Allah Azza Wajalla atas limpahan kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga dan tidak mampu dihitung dan dibilang.Selawat dan Salam rindu buat junjungan Rasulullah SAW yang senantiasa bersusah payah buat umatnya dan  yang senantiasa mendoakan kebaikan buat umatnya agar senatiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang ilahi .
  Indahnya Islam yang senantiasa menitikberatkan setiap perilaku penganutnya dengan undang-undang dan peraturan islami yang meliputi segala perkara(syumul) supaya senantiasa hambaNya berada dalam payungan rahmat ilahi dan menjauhi perkara yang memudaratkan diri. Dan hari ini al-fuqair ingin berkongsi tentang ilmu yang menjadi asas dalam ISLAM dan ilmu yang menjadi wasilah untuk ubudiyyah terhadap Sang Pencipta iaitu Ilmu Fiqh
     Beberapa minggu yang lalu kami telah memulakan pembacaan kitab Minhaj Tolibin bersama                     Al-Ala’mah Al-Muhaddis Sheikh Mahmud Said Mamduh dan kitab kitab Bulughul Maram, yang mana kedua-dua kitab ini adalah sumber ilmu yang berkaitan dangan ilmu Fiqh. Perbincangan kita pada hari ini adalah berkaitan lebih dengan kitab Minhaj Tolibin karya      AL-Imam An-Nawawi.Kitab minhaj adalah kitab muktamad ijtihadnya dalam mazhab As-syafie. Disebabkan corak atau keadaan kehidupan di Malaysia berteraskan fiqh as-Syafie maka kita sama -sama akan perbahaskan kitab ini bersama.
  
Kitab Minhaj Tolibin adalah ringkasan daripada kitab Muharror karya Al-Imam Ar-rafi'e dan Imam Nawawi dalam minhaj telah menambah dan menukar beberapa perkara bagi memudahkan pemahaman terhadap fiqh As-Syafie.Di dalam kitab minhaj telah diselitkan dengan beberapa istilah dalam mengetahui sumber siapakah yang mengeluarkan ijtihad dan beberapa perkara lain.
Antaranya:- 1. الأقوال adalah perkataan/pendapat Al-Imam As-Syafie padanya:-
                        1.الأظهار  =ada 2pendapat Imam Syafie yang kuat, tetapi yang paling kuat diletakkan الأظهار
                        2.المشهور = pendapat Imam Syafie yang lemah
                 
                 2.الأوجه adalah perkataan/pendapat ashab As-Syafie(Para Imam Mazhab Syafie) padanya:-
                                       1.الأصح   =pendapat Ashab Shafie yang paling kuat                     
                          2.الصحيح =pendapat Ashab Shafie yang lemah 

3.المذهب adalah terdiri daripada beberapa  طريقة (jalur) contohnya dari iraq dan mesir dan ada   beberapa qaul atau wujuh yang dibincangkan oleh ashab syafie maka datang mujtahid tarjih mensahkan pendapat tersebut lalu menjadi mazhab 
              
            4. النص adalah pendapat imam Syafie dan dhaif(lemah)
           
           5. الجديد  adalah pendapat Imam Syafie di Mesir
             
          6. القديم  adalah pendapat Imam syafie di Iraq                                                     
              
         7. قيل adalah pendapat yang lemah yang akan digunakan dalam menentukan الأصح atau الصحيح
           
         8. قلت adalah perkataan Imam Nawawi yang dimulakan dalam kitab Minhaj untuk membezakan                           isi asal kitab Muharror
        
         9. و الله أعلم adalah perkataan Imam Nawawi yang diakirinya dalm kitab Minhaj untuk membezakan           isi asal kitab muharror.                       


SAMBUNG……..

No comments: