Friday 14 October 2011

MARHABAN WAHAI PEWARIS NABI

  DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Selautan kepujian dan kasih serta kerinduan dihimpunkan untuk Sang Pencipta Yang Maha Agung, Yang Maha Luhur,Yang Maha Pengasih, dan segala Kesempurnaan serta Kesucian adalah khusus dan layak bagi Allah SWT. Nikmat anugerahNya tidak mampu dibalasi dan dihitung oleh penerimanya yang lemah lagi hina sekiranya diteropongi kehidupan ini adalh pinjaman semata-mata dari Yang Maha Agung hakikatnya, tiada pemilikan yang mutlak dan hakiki melainkan itu adalah anugerah agung yang mampu menjadi wasilah untuk membuat kita mentadaburi dan memikirkan bahawa yang dimiliki adalah hak Pemilik Yang Mutlak yang senantiasa mencurahkan nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dan dialah Yang Maha Esa Sang Maharaja Pencipta Sekelian Alam Allah Jalla Jala Luh.
  Selawat serta salam dari hamba yang hina buat Kekasih Yang Maha Agung,Nabi Yang Mulia dari sekelian nabi ,nabi yang memilih derajat Hamba daripada Raja yang mempunyai kerajaan yang makanannya adalh tamar buat mengisi perut yang senantiasa tunduk sujud walaupun dipelihara segala kekejian Yang senantiasa beristighfar walaupun telah dijanjikan syurga agung buatNya dialah Nabi kita dan Nabi buat kamu semua seluruh ajam dan arabi Nabiyuna Muhammad ibn Abudullah SAW moga tercurah pancaran kasih Allah kepada kita sebab Nabi yang Mulia,serta suluhan cahaya rahmat dan syafaat uzma dari Nabi Agung Muhammad SAW.


Semalan dengan izin Allah, al-fuqair bersama pecinta ilmu dan ulama telah telah dikurniakan anugerah yang sangat indah kerana telah dijamu dengan melihat dan tegukan nasihat dar para ulama amilin iaitu dengan kedatangan Al-Alamah Al-Muhaddis Sheikh Nuruddin Itr yang datang dari Damsyik,Syria dan Murobbi Ulung zaman kini Al-Alamah Al-Faqih Al-Habib Umar ben Hafidz yang makruf  tempat asalnya dari Hadramaut Yaman.

Hidangan yang pertama dari Sheikh Nuruddin selepas solat asar di Masjid Al-Azhar.Majlis dipenuhi dengan pencinta imu dan Alim Ulama yang makruf di mesir.Majlis dihidangi dengan kalam mutiara dari Sheikh dan pembacaan kitab hadis sulusiyat Imam Bukhori dan berapa hadis dari Kitab Arba;in Nawawiyah yang dibaca oleh Syeikh Usamah al-azhari .Sungguh indah dan nikmat duduk dalam majlis tersebut.Inilah limpahan rahmat dari Allah buat hambaNya.Syukur alhamdulillah.




 
Santapan yang kedua dari Al-Murobbi Al-Alamah Habib Umar yang dimaklumkan bertempat di Sahah Yamani Ummu Rulam pada awalnya tetapi selepas pembacaan qasidah dan tausyiah dari beberapa orang habib dan solat isya diberitahu bahawa majilis akan diadakan di Sahah Yamani baru. Para pencinta berserta habaib bersegera menuju ke sahah.Masing-masing bekejaran  kerana haba gelora cinta sudah mula mendidih untuk menatap wajah habib yang mulia.Dalam keadaan yang melimpah kerna dibanjiri muhibin dan ahbab, Habib Umar datang dengan Sinar cahaya dari wajahnya membuatkan muhibbin jadi gila dan fana untuk mendekati habib untuk bersalaman dan bertabarukan dengan Habib.Tetapi al-fuqair tetap memandang wajah habib walaupun gelora cinta sudah meletus, kerna tidak mahu berhimpit dan menolak ahbab yang lain serta menyusahkan habib kerna boleh menyebabkan perkara yang tak diingin berlaku.Teringat seketika dengan kata-kata mulia Al-murobi Habibuna Munzir kecintaanmu dan aku telah berpadu kepada Yang Maha Mulia walaupun aku tidak mampu untuk menyalamimu dalam hatiku ingin sangat menyalamimu tapi apakan daya.Majlis dimulakan dengan pembacaan maulid Diyaul Lami' dan sterusnya kalam mutiara dari Al-Habib Umar, kalamnya yang senantiasa disulami rintihan doa buat semua hadirin dan muhibbin seterusnya kalam dari habaib yang lain.
Kenangan indah dan kepuasan dapat dinikmati dari Pewaris Nabi senantiasa seiras segala pengucapan ,perilaku nabi merekalah yang seharusnya dititipkan menjadi Model Nabi untuk kita ikuti dan menyerupai.Semoga kenikmatan dan anugerah ini dikurniakan buat sekali lagi dan selamanya. Ucapan jutaan terima kasih buat Robbi yang senantiasa memberi kesempatan ini dan kesihatan walaupun hakikatnya, segalanya tidak mampu dibalasi kerna Engkaulah MahaPemberi dan Maha Kuasa segalaNya.

الحمد لله رب العالمين حمدا كثيرا طيبا مباركا كافيا جميلا جزيلا


No comments: