Thursday 28 October 2010

BUat TEmaN Sepelayaranku


Bismillah walhamdulillah wasyukrulillah Lil RObbil A'lamin



  Setinggi puja dan puji khusus dihamparkan untuk Allah Jalla wa A'la. Limpahan puji  ke hadrat Allah Taala tuhan Pentadbir alam semesta dan cakerawala, Maha Raja abadi dan kekal Selamanya, Maha Penyayang , Maha Pemurah melimpahkan rezeki ke atas hambanya serta Maha Pengurnia cahaya kasih dan sayang ke dalam jiwa serta sanubari hamba-hambanya. Tidak pernah menuntun dari hamba-hambanya bahkan senantiasa memberi kebaikan  dan kebajikan walaupun diuji sebentar olehNya  sekadar melihat ketaatan serta kesyukuran  hambaNYa padaNya.

 Teman, 
    . Kehidupan di dunia ini adalah perumpamaan dari sang pelayar samudera yang berusaha untuk sampai ke destinasi terakhirnya .Di dalam pelayarannya ombak badai senantiasa datang melanda . Berbekalkan bekalan iman yang cekal dan utuh,keyakinan yang teguh pada Tuhan alam semesta,dan ilmu bermanfaat yang secukupnya serta mengutipdan mengambil iktibar dari pelayar sebelumnya. dia terus menongkah arus lautan pelayarannya dan bersedia menerjah badai yang bakal mendatang sehingga sampailah ke destinasai yang dinantikan-nantikan

Sahabat,
          Sebagai bukti tanda cinta kita kepada Ilahi adalah dengan redha dan pasrah atas segala ketentuannya. Semakin besar Ujian dan dugaan daripadaNya semakin akrab Allah dengan kita. Lupakah kita kepada janji Allah? (LAYUKALIFULLAHU NAFSAN ILA WUS'AHA) bahawasanya Allah Taala tidak akan memberati  jiwa dan jasad sesorang hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan dirinya.seseorang. Sesungguhnya kepayahan serta kesulitan yang dirasai di dunia ini adalah sementara dan pastinya kita akan rasai kesenangan dan kegembiraan saat bertemu robbul a'lamin kerana kita mampu menjalani ujiannya dengan tabah dan redha.



Teman-temanku,
     Usahlah kalian risau,gundah-gelana  futur (lemah semangat) dalam menerima ujian kali ini . Sentiasalah bermunajat pada Allah yang tidak putus-putus melimpahkan rahmatNya buat hamba-hamba pendosa , Maha penerima taubat, serta Maha dekat dengan hambanya, Maha peanugerah kasih sayang dan cinta abadi kepada orang yang sentiasa mencari cinta. Datanglah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan tulus untuk bersamaNya sepanjang masa.Mohon dan mintalah kepadaNya yamg Maha mengabulkan hasrat dan hajat.   
  "U'DUNI ASTAJIBLAKUM". "INNALLAH LAYUKHLIFUL MIA'D". 

Sahabatku sekalian,
  Ayuh!! bangkitkanlah kembali semangatmu yang telah gugur dan pudar, teruskan  pelayaranmu dengan menetapkan jiwa dan sanubarimu hanya Allah Tuhanku , Islam Agamuku, Nabi Muhammad S.A.W ikutan tauladanku
agar dirimu tetap tabah barada dalam pelayaranmu yang masih jauh kelihatan.Sematkan dalam jiwamu bahawasanya Rasulullah adalah insan yang mampu mengharungi arus deras ombak dan badai yang besar dari Allah maka wajiblah kita menjadikan baginda sebagai panutan dan insan tauladan yang sesuai bagi kita untuk pelayaran di zaman ini.  Tolehkanlah pandanganmu ke belakang sebentardan lihatlah pengalaman  yang lalu, maka jadikanlah ianya ibroh yang berguna serta pengajaran bermanfaat buat kita semua agar tidak termasuk dalam lubang yang sama.Ayuh mentajdid niat kembali bahawasanya kehidupan kita adalah untuk menggapai              "MARDOTILLAH"



No comments: