Tuesday, 7 June 2011

Jangan Dituruti KEhendaknya si hawa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selaut kesyukuran dihamparkan untuk  Sang Maha Pemurah, yang senatiasa menganugerahkan  hambanya  dengan limpahan nikmat dan rahmat yang tidak terbalas dan terkira bila dihitungnya.Dia yang senantiasa mencurahkan kasih sayang dan tidak pernah diminta untuk dibalas cukuplah hanya   dengan  mengabdikan diri padaNya dan tinggalkan  selain dariNya . Tetapi hambaNya masih tetap akur dengan keegoan dan kejelekan yang dirasakan betul sepanjang masa,Leka dan alpa kerna terpesona dan ternoda dengan isi dunia  yang hanya  tipu muslihat semata-mata.Godaan hawa nafsu   yang senantiasa memperdaya dan mengheret sehingga jatuh dan tenggelam ke lubuk maksiat yang kenikmatannya dirasai untuk sementara, syaitan durjana pula datang untuk menunaikan janji ingin menyesatkan dan menjahanamkan  manusia  buat selamanya sehingga  jatuh tersadung ke lembah neraka
قال ابن عطإ الله السكندري في كتابه الحكم :
 اصل كل معصية وغفلة وشهوة  الرضا عن النفس، و اصل كل طاعة و يققظة وعفة عدم الرضا منك عنها
Punca  dari segala maksiat,kealpaan serta syahwat adalah tunaikan kehendak hawa nafsu  Dan asas dari segala kepatuhan,kesedaran dan kesopanan akhlak dan budi adalah menolak dan mengekang segala tuntutan hawa nafsu

Sheikh Zarruq berkata: Pengarang menyatakan kaedah untuk mengetahui penyebab utama segala keaiban dan kebaikan adalah dengan menyebutkan punca atau asal setiap sesuatu
Sheikh Al-buti berkata:  Kesimpulan yang dikemukan dalam mutiara hikmah ini bahawa jalan untuk mencapai Mardotillah adalah dengan menangkis segala godaan hawa nafsu serta tidak memenuhi dan redha kehendak hawa nafsu, sebaliknya jalan yang menuju kepada kemurkaan Allah SWT adalah seseorang berasa ujub terhadap dirinya dan redha menurut hawa nafsunya

Sesungguhnya  kehidupan duniawi adalah kehidupan yang tidak bermakna sekiranya  dilalui dengan bertuhankan hawa nafsu .Ketahuilah bahawa kehidupan  yang  seirama dengan rentak hawa nafsu pasti akan kecundang  di destinasi perhentiaan. menikmati segala tuntunan hawa nafsu  hanya seketika nikmatnya dapat diteguk dan dirasa tetapi bila mampu menundukan kehendaknya pasti akan bahagia buat selamanya
Sheikh Zarruq berkata:
الرضا عن النفس علامته ثلاث :  رؤية الحق لفسه والشفقة عليها والإعضاء عن عيوبها بتزكيتها من حيث أنه يرى قبيحها حسنا بالتأويل لأنه يعلم العيب ثم يفضي عنه و إن كانا نوعا منه
Redha terhadap hawa nafsunya ada tiga tanda:  melihat perbuatan hawa nafsunya adalah suatu kebenaran (batil itu adalah baik bagi hawa nafsunya),rasa simpati terhadap hawa nafsunya dan mencari alasan logik supaya hatinya dan orang lain dapat menerima yang hak itu adalah menganggap keburukannya sebagai suatu kebenarandengan takwilan kerna dia mengetahui yang aib itu mendedahkannya sekalipun ia satu jenis daripadanya.


Seorang ulama salaf yang lain berkata: “Wahai anak Adam, apabila engkau melakukan maksiat ,engkau berpendapat bahawa tidak ada mata yang melihatmu, maka kenapa ketika engkau sedang sedang berkhalwat kepada Allah engkau memohon keampunan dan mengakui maksiatmu terhadapNya,dan mengapaka engkau tidak malu kepada Nya  sebagaimana malumu terhadap makhlukNya? Jika demikian maka engkau ada dua kemungkinan: Apabila engkau berpendapat bahawa ketika engkau melakukan maksiat Allah tidak melihatmu,maka engkau telah KAFIR. Dan apabila engkau berpendapat bahawa Allah melihatmu,namun engkau tettap tidak menghiruakanNya dan tetap melakukan maksiat tidak seperti mana ketika ada manusia walaupun lemah yang melihatmu,maka engkau tidak berani bermaksiat kerana takut diketahuinya ,hal ini bererti betapa beraninya kamu kepada Allah SWT….

Marilah kita bersama-sama bermohon kepada Yang Maha Baik dan Pemurah agar  melidungi diri dari kejahatan godaan HAWA NAFSU .Dan seharusnya kepada kita agar tetap dalam mujahadah dan muhasabah agar Allah senantiasa mudah memacukan kita supaya tunduk dan sujud padaNya dan membuka ruang seluas-luasnya untuk dekat denganNya. Sempena dengan Bulan Rejab , marilah kita bersama memperbanyakkan puasa,zikir,tahajud sebagai usaha untuk mengekang hawa nafsu dan menjadi wasilah untuk kita berkasih sayang dan rapat ALLAh SWT SANG MAHA RAJA CAKAREWALA DAN ALAM SEMESTA KESELURUHANNYA ADALAH DI BAWAH TAKLUKANNYA

No comments: